4 Julai 2015 - Gesir Tengah -  Majlis berbuka puasa Kelab Proton Exora (Geng Hulu Balang) yang diketuai oleh Tuan Muhamed Nasrull bin Taha bersama Anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir (Jambor Sakti) . Exora owners club Malaysia adalah satu kelab berdaftar. Kelab EOCM Geng Hulubalang mempunyai 500 ahli. Kebanyakkan ahli persatuan adalah kakitangan kerjaan seperti polis,guru dan pegawai UPSI yang merupakan wakil keahlian dari kawasan Tanjung Malim. Sebanyak 7 buah kereta exora 15 orang ahli yang terlibat semasa majlis berbuka puasa bersama anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir
Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti berkonvoi,hari keluarga,beriadah,bersukan dan mengeratkan silatulrahim dikalangan ahli. Kelab ini juga untuk mempromosi menggalak dan membangunkan sukan permotoran dikalangan ahli-ahli persatuan dan juga untuk berkerjasama dengan persatuan lain yang mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli dan mengendali kursus dan latihan keselamatan dikalangan ahli.
Ini adalah kali pertama kunjungan mereka ke asrama. Majlis dimulakan dengan ucapan dari ketua kelab iaitu Encik Muhamed Nasrull bin Taha . Majlis diterukan dengan acara penyampaian duit raya kepada anak-anak asrama dan penyampaian sekotak naskah Al-Quran yang diwakafkan. Selepas itu majlis berbuka puasa dan solat magrib bersama anak-anak. Majlis diakhiri dengan menyambut hari jadi ahli-ahli EOCM bersama anak-anak

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;