28 Jun 2015, Terengganu - Penyerahan Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan di Kawasan Telemong, Terengganu. Maklumat penerima adalah daripada Pn Waina Guru SMK Telemong.
Senarai penerima adalah seperti berikut:
1) Abdul Wahab Deraman daripada Kg Nasi Dingin, Telemong. Bekerja sebagai penoreh getah dengan purata pendapatan RM500 sebulan. Tinggal bersama 5 orang ahli keluarga dengan ibu yang uzur.
2) Pn Hasnah bt Nik. Merupakan Ibu tunggal yang tidak bekerja. Tiada pendapatan, mengharapkan sumbangan anak yang bekerja. Tinggal bersama ibu yang uzur serta menjaga anak yang OKU.
3) Pn Anitah bt Sidek. Seorang ibu tunggal dan menyara 4 orang anak yang masih belajar. Bekerja sebagai kakitangan pembersihan sekolah dengan pendapatan RM700. Tempat tinggal kini adalah dibawah program PPRT.
4) Mat Saleh b Mat Nor, bekerja sebagai buruh pembersihan. Tinggal bersama 3 orang ahli keluarga dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600. Anak yang sulong mengidap penyakit jantung berlubang dan kini baru lepas pembedahan.
5) Lokman b Awang Mohd. Bekerja sebagai buruh pembersihan dengan pendapatan RM700 sebulan. Isteri mengidap kanser dan terlantar di rumah. Mempunyai 5 orang ahli keluarga.

Penyerahan Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan di kawasan Sg Tong, Setiu. Maklumat penerima diterima daripada Pn Maznah Guru SMK Sg Tong, Setiu.
Senarai penerima adalah seperti berikut :
1) En Ibrahim b Shafie, bekerja kampong dengan pendapatan yang tidak menentu. Tinggal bersama 5 orang ahli keluarga. 4 orang anak masih bersekolah.
2) Norgita bt Mahmud. Merupakan ibu tunggal bekerja sebagai penoreh getah dengan purata pendapatan RM400. Tinggal bersama ibu yang uzur serta 7 orang anak yang masih bersekolah.
3) Zuki b Abdullah. Pendapatan RM450.00 sebulan mengusahakan tanaman sayur-sayuran. 8 orang anak masih bersekolah. Tinggal di rumah pusaka.
4) Rahani bt Daud. Bekerja sebagai tukang sapu sekolah dengan pendapatan RM800. Menjaga ibu yang uzur serta 4 anak yang masih belajar dan bersekolah.
5) Saodah bt Draman. Ibu tunggal bekerja sebagai penoreh getah. Pendapatan sekitar RM200 sebulan dengan 5 orang anak yang masih belajar dan bekerja.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;