- Hit: 1533
29 Jun 2015, Paka - Penyerahan Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan di kawasan Paka, Terengganu. Maklumat penerima diterima daripada En Bazali Laksana Sukarelawan YBK. Senarai penerima adalah seperti berikut :
1) Pn Zalina bt Talib. Ibu tunggal bekerja sebagai tukang kebun TNB dengan pendapatan RM900. Menyara 8 orang anak yang masih belajar serta bersekolah. Tinggal di rumah ibu mentua dan mempuyai masalah kesihatan.
2) Hashim b Dagang. Tidak bekerja selepas serangan jantung. Isteri bekerja membersih rumah di Kertih 3 kali seminggu. 4 orang anak masih bersekolah. Rumah masih menyewa RM120 sebulan.
3) Mahari b Abdullah. Tidak bekerja kerana masalah buah pinggang yang perlu dicuci 3 kali seminggu. Bergantung kepada pencen ilat. 4 orang anak masih bersekolah.
4) Zainun bt Daud. Ibu tunggal dengan pendapatan RM200 sebulan melalui tanaman sayur di sekeliling rumah. 2 orang anak masih bersekolah. Tinggal bersama ibu yang uzur.
5) Pn Siah bt Seman. Ibu tunggal berpendapatan RM400 sebulan melalui penjualan kuih-muih. 3 orang anak masih bersekolah. Rumah adalah dibawah program PPRT.
Penyerahan Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan di kawasan Kg Damak, Jerantut. Maklumat penerima diterima daripada Cikgu Fauziah, SMK Damak, Jerantut.
Senarai penerima adalah seperti berikut :
1) Pn Munah bt Salleh. Ibu tunggal menjaga 4 cucu (ibu bapa meninggal dunia) yang masih bersekolah. Mengharapkan anak lelaki yang OKU bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM500 sebulan.
2) Abdul Aziz b Mohamad. Bekerja kampong dengan pendapatan bulanan RM700. Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Mempunyai seorang anak OKU fizikal.
3) Ismail b Awang. Bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM600. 2 orang anak OKU penglihatan serta isteri mempunyai kanser payudara yang masih dalam proses rawatan. Mempunyai 4 anak yang masih bersekolah dan belajar.
4) Wan Mas bt Wan Abdullah. Pendapatan bulanan RM700 dengan berkebun. Mempunyai 7 anak yang masih bersekolah.