KG GESIR TENGAH, 10 Julai 2015 - Asrama Kasih YBK Gesir bersama-sama Akademi Kemahiran YBK Gesir telah mengadakan majlis berbuka puasa melibatkan kehadiran seramai 200 tetamu. Turut hadir, Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom, warga kerja YBK, Pusat Latihan YBK, Asrama Kasih YBK Serendah dan penduduk tempatan.

Majlis bermula pada jam 6:45 petang dengan penyampaian tazkirah oleh Dato' Pengerusi YBK sebelum diteruskan dengan penyampaian bantuan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada 5 buah keluarga, penyerahan wang zakat kepada 5 orang anak-anak yatim dan kepada anak-anak ASKA Gesir.

Selesai berbuka, majlis disempurnakan dengan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat Tarawih berjemaah.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;