Klang, 11/7/2015 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengagihkan wang zakat kepada 64 orang pelajar anak yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Bandaraya Klang. Mereka terdiri dari pelajar Tingkatan 1 hingga 5, dari kalangan anak-anak yatim dan piatu. Sumbangan berupa wang tunai disampaikan  oleh pegawai YBK di dewan sekolah.

Sumbangan ini disempurnakan dalam Majlis Khatam Quran sekolah yang disertai pelajar Tingkatan 5, 6 dan ibu bapa dari kalangan Islam seramai 500 orang, Majlis diresmikan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Ustaz Ismail Jaafar Bahagian Pembagunan Dakwah. Manakala Pengetua Sekolah, Datin Zainariah Ibrahim telah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YBK atas sumbangan kepada anak yatim pelajar sekolah, Beliau berharap YBK juga akan membantu pelajar miskin sekolah meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Encik Zulhairy Jalaluddin mwakili YBK bersedia menawarkan program KUNTUM (Kumpulan Tuisyen Hujung MinggU) kepada sekolah jika ada pelajar yang memerlukan.

Program tamat pukul 12.00 tengahari

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;