Sg Rambai Melaka, 11/7/2015 - Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Pejabat DUN Sg Rambai hari ini meraikan anak yatim dari setiap mukim dalam kawasan DUN Sg Rambai. Program merupakan sumbangan Yayasan Basmi Kemiskinan membantu menceriakan  anak-anak yatim sekitar menyambut Hari Raya Idilfitri akjandatang

YB Dato Hassan Rahman ADUN Sg Rambai merangkap EXCO Melaka bersama Hj Hamzah Jali Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah menyampaikan sumbangan zakat kepada 170 anak yatim yang hadir daripada 300 orang yang telah dijenalpasti. Majlis diraikan dengan jamuan berbuka puasa bersama hadirin yang hadir seramai lebih 250 orang termasuk pimpinan masyarakat setempat.

YB Dato Hassan Rahman dalam ucapan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBK, Dato Zainal Abidin Sakom dan Datin Hartini Osman di atas sumbangan ini. Beliau juga berharap sumbangan diteruskan setiap tahun dan dipanjangkan kepada golongan fakir miskin lain.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;