Gesir, 11/7/2015 Sabtu - hari ini pelajar Asrama Kasih Gesir mendapat sumbangan kasut hari raya dari Group CEO YBK Usahasama Sdn Bhd. Seramai 31 orang pelajar Asrama Kasih Gesir Yayasan Basmi Kemiskinan telah dibawa ke Jusco AEON Rawang membeli kasut raya oleh YBhg Datin Hartini Osman dan keluarganya dan diringi sama warden bertugas.

Pertemuan pelajar di JUSCO AEON bermula jam 5.30ptg. Selepas selesai anak-anak membeli kasut pilihan mereka, mereka dibawa berbuka puasa bersama di restoran Nando's. Selepas selesai berbuka puasa anak anak di jamu pula aiskrim Baskin Robin untuk dimakan di dalam bas. Majlis berakhir dengan penyerahan duit raya kepada anak-anak.

Pengurusan Asrama Kasih YBK Gesir merakam dan berterima kasih kepada Datin Hartini Osman kerana menyumbang kasut raya kepada anak-anak. Terpancar wajah yang berseri anak-anak dan rasa bersyukur keatas pemberian ini. Semoga Allah merahmati Datin sekeluarga. Amin ..

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;