- Hit: 2030
11 julai 2015, Serendah - Program masak bubur lambuk anjuran pemuda Serendah yang diketuai oleh En.Shafrul. Program bemula pada jam 9 pagi dengan menyediakan bahan bahannya terlebih dahulu. Sebanyak dua periuk besar telah disediakan bersama2 dengan anak2 Asrma Asrama Kasih Ybk. Bubur lambuk mula dimasak pada jam 12 tengahari dan siap dimasak pada jam 2.30 petang. Kira kira 3 ratus pack bubur lambuk siap untuk di agih agihkan oleh pemuda Serendah. Suasana sungguh meriah kerana anak2 berpeluang bergotong royong menyediakan bubur lambuk tersebut. Program ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan warga Asrama Kasih YBK dengan penduduk tempatan.Turut sama hadir bagi memberi sokongan adalah Ybhg Dato Hj Zainal Abidin Pengerusi YBK dan Datin Hartini Osman Pengerusi Asrama Kasih YBK. Sebanyak seperiuk besar telah disumbangkan kepda anak2 Asrama Kasih YBK.