YAN (KEDAH), 2 Ogos 2015 - Musibah kebakaran blok asrama pelajar Sekolah Talaqi Al-Quran Raudhatut Tahfiz yang berlaku pada 29 Julai lepas telah menarik perhatian YBK untuk melaksanakan inisiatif bantuannya. Sekolah yang didaftarkan pada awal 2014 dan terletak di kaki Gunung Jerai ini telah menerima kunjungan YBK yang hadir memberikan sumbangan pakaian terpakai, makanan dan juga kewangan.

Kehadiran sukarelawan YBK telah disambut oleh pengasas sekolah, Tuan Haji Saad b Bahari. Beliau telah memberikan taklimat berkenaan latar belakang sekolah dan juga perihal musibah kebakaran yang berlaku. YBK dimaklumkan kebakaran yang bermula ketika 147 orang pelajarnya sedang tidur di tengah malam telah memusnahkan hampir seluruh kelengkapan dan kemudahan asrama termasuklah barangan peribadi pelajar. Sumbangan daripada YBK telah diterima oleh Tuan Haji Saad dan disampaikan oleh En. Asuad Ismail selaku wakil YBK.

Sekolah ini memberi pengajian hafazan Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain kepada pelajar lelaki (73 orang) dan pelajar perempuan (74 orang) di peringkat rendah dan menengah. Sekolah ini juga mempunyai cawangan di negara Kemboja dengan pelajar seramai 300 orang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;