- Hit: 1741
Serendah, 14/8/2015 - Setiap tahun YBK mengadakan rumah terbuka aidilfitri. Untuk tahun ini, YBK memilih Asrama Kasih Serendah lokasi majlis ini. Sambutan ini bermula jam 6.45 petang dengan bacaan tahlil dan doa selamat, seterusnya solat maghrib dan hajat .
Majlis meraikan tetamu bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Sambutan aidilfitri YBK bermula dimana jemputan mula mengambil tempat di bawah khemah yang disediakan. Dimulakan dengan persembahan daripada ย Ayati Tasrip kumpulan ghazal yang dibawa khas daripada Ampang Selangor. Majlis juga telah menjemput Datin Hartini Osman serta Dato Zainal Sakom memberikan sepatah dua kata didalam majlis ini. Selain itu sambutan hari lahir Dato Zainal Abidin Sakom juga turut diraikan sepanjang majlis ini berlansung.ย ย
Bagi kami di YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada ย para jemputan yang hadir bagi meraikan serta memeriahkan sambutan kesyukuran serta aidilfitri ini. Segala kekurangan sepanjang majlis ini berlansung kami memohon ampun dan maaf.ย
ย