Gombak, 5 Sept 2015 – Program Sukarelawan YBK ini berlansung di Rumah Pn Jamilah Che Mat di Desa Mukmin Batu 7, Gombak. Pn Jamilah tinggal di sini bersama dengan 3 cucu serta 1 cicit. Secara asasnya rumah yang diduduki ini tidak mempunyai keperluan asas seperti air dan elektrik. 

Melalui maklumat yang disampaikan oleh AJK Surau AL-Mukmin, Mutiara Gombak, satu lawatan telah dilakukan oleh unit Sinar Kasih YBK. Lawatan ini telah mengenalpasti beberapa perkara yang mampu dan perlu dibantu. Setelah berbincang bersama AJK Surau Al-Mukmin dan Sukarelawan YBK, keluarga ini telah dibantu dengan kemasukkan bekalan elektrik dan air. Selain daripada itu kebocoran atap dan persekitaran luar dan dalam rumah juga turut dibersihkan.
Terima kasih kami kepada AJK Surau Al-Mukmin, Jiran Tetangga, Pelajar MSU, Akademi Kemahiran Gesir dan Para Penyumbang yang telah menjayakan program sehari ini. Semoga kepada semua yang terlibat didalam program ini diberkati serta disayangi hendaknya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;