Cambodia – 25/9/2015, YBK menyempurnakan ibadat korban sebanyak 12 ekor lembu bagi pihak perseorangan dan warga kerja YBK di dua perkampungan Islam di sini. Majlis penyembelihan disaksikan sendiri Dato Hj Bing Selamat Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan 2 orang pegawai yang turut sama. Pada hari pertama 25/9/2015 sebanyak 7 ekor lembu sempurna dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk Islam Tropeang Chook dalam wilayah Kampong Thomb Cambodia kira-kira 160 km dari Phnom Penh. Aktiviti penyembelihan dan agihan daging lembu korban diselaras oleh sebuah NGO Islam iaitu Cambodia Muslim Children Association (CMCA) yang dipimpin Him Sukor @ Shukor Ibrahim

Keesokan harinya YBK menyempurnakan ibadat korban lembu 5 ekor lagi di perkampungan Islam Sterng Trong Wilayah Kampung Cham Cambodia (kira-kira 70 km dari Tropeang Chook) yang diselaras NGO Islam iaitu Humanity & Muslim Development Organisation Cambodia (HMDO) di pimpin Ustaz Salleh. Di sini lembu dilapah dan diagihkan kepada orang kampung dan seekor lembu yang disembelih dimasak dan dinikmati orang kampung yang hadir dalam suatu majlis doa selamat. Selebihnya diagih2kan kepada masyarakat Islam sekitar. Sebelum pulang ke Phnom Penh, YBK telah mengadakan perbincangan dan lawatan ke tapak cadangan pembinaan sekolah tahfiz HMDA di kawasan berhampiran.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur YBK sempat menziarai Pusat Bahasa YBK Kilometer 9 Phnom Penh yang pernah dilancarkan pada tahun 1998. Selepas 17 tahun bangunan ini masih memberi menafaat kepada orang Islam Cambodia sekitar apabila ia menjadi Sekolah Agama Rakyat sebagai aktiviti fardhu ain Surau Solehan Al Akbar yang dibangunkan berhampiran bangunan

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;