Kuala Selangor, 15/8/2015 - bersempena dengan perayaan sambutan Jubli Perak YBK, YBK melauli institusi latihan kemahirannya iaitu Pusat Latihan YBK (PLYBK) Kuala Selangor dan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) Gesir telah menganjurkan program Sirih Pulang ke Gagang pada 15 Ogos 2015 (sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor. Program ini telah isi dengan Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran, Makan Malam Alumni dan Pelancaran Persatuan Alumni YBK.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan dihadiri oleh seramai lebih 500 orang hadirin dan telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, YBhg. Dato Ishak bin Harun, Yang Dipertua Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKKP) Perlimen Kuala Selangor. Selain daripada itu program telah diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan yang terdiri dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA YBK), pihak berkuasa tempatan daerah Kuala Selangor, Ibu bapa dan Graduan .

Pada majlis tersebut, seramai 100 orang Graduan Kemahiran lepasan PLYBK dan AKYBK telah dianugerahkan sijil kemahiran masing-masing dengan pecahannya kehadiran adalah seramai 70 orang pelatih PLYBK dan 30 orang pelatih AKYBK. PLYBK telah menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada graduan bidang Juruteknik Automotif, Juruteknik Elektrik dan Pelukis Pelan Senibina Manakala bagi graduan dibidang Lanskap Pembinaan, Pemasangan Pendawaian Bangunan dan Pemasangan Penyaman Udara telah menerima Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) . Bagi graduan AKYBK pula, mereka telah menerima Sijil Perakuan Kekompetenan dibawah pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian PW2 dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibawah pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi bidang Penyelia/Pembantu Tadbir Sistem Maklumat.

Pada malam yang bersejarah tersebut, Tetamu Kehormat juga telah melancarkan Persatuan Alumni YBK, yang mana penubuhannya bertujuan mengumpulkan seramai yang boleh bekas pelajar PLYBK dan AKYBK dari tahun 1992 hingga kini yang pernah mendapat sentuhan YBK secara langsung atau tidak langsung .

Pada malam tersebut juga buat julung kalinya, Anugerah Sirih Pulang ke Gagang yang merupakan penghargaan kepada Alumni yang telah berjaya dalam kerjaya dalam bidang masing-masing selain aktif melibatkan diri dalam setiap acara yang dianjurkan PLYBK dan AKYBK telah dinobatkan kepada Saudari Saiemah binti Samsuri dari PLYBK dan juga Saudara Muhammad Hasrin bin Mohd Husin dari AKYBK.

Majlis akhir sekali telah dimeriahkan dengan penyampaian buku Joran di Laut Biru yang mengisahkan perjalanan YBK selama 25 tahun oleh pengarang nya sendiri Dato Hj. Bing Selamat kepada para tetamu jemputan utama dan ditutup dengan majlis potong pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran Dato Hj. Zainal Abidin bin Sakom dan isteri Datin Sari.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;