Serendah, 3/10/2015 - Program Qiamulail dan Majlis bacaan Yasin dn Doa Selamat untuk anak anak Asrama Kasih Ybk yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM serta peperiksaan Akhir Tahun 2015. Bersama Yayasan Basmi Kemiskinan
3 Oktober 2015. Jam 4.30 pagi bertempat di Surau Al Falah, Asrama Kasih YBk. Program Qiamulail telah diadakan dengan pimpinan Ust Imran iaitu membawakan solat sunat Tahjud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir. Ust Imran juga turut mengimamkan solat Subuh sebagai mengakhiri program Qiamulail.
Selepas pada itu pada jam 8.30 pagi pengisian program disambung dengan motivasi pagi oleh Pengetua Asrama. Hampir 50 orang Ibu bapa dan keluarga pelajar tingkatan 3 dan 5 mulai hadir pada jam 9. Pagi bagi bersama sama mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk anak anak mereka. Sebelum itu diadakan slot memohon restu daripada anak anak asrama kepada ibu bapa masing masing.
Penasihat Asrama Kasih YBK Tn. Hj. Zainal Abidin Zulcifly telah menyampaikan ucapan aluan kepada para tetamu dan anak anak Asrama. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah isteri kepada.Tn.Hj.Zainal Abidin iaitu Hjh.Ainon, Tn.Hj. Kenel Yusof juga Penasihat Asrama Kasih YBK dan Isteri Hjh. Faridah. Tn.Hj Yahya YDP PIBG SMK Serendah.
Bacaan Yasin bermula pada jam 9.50 pagi dan ditutupi dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ust. Saiful Akmal warden Asrama Kasih.
Di penghujung program para tetamu dan ibu bapa diraikan dengan minum pagi. Program selesai pada jam 10.40 pagi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;