KUALA LUMPUR, 19 September 2015 – Program santuni gelandangan di Masjid Jamek KL ini merupakan salah satu inisiatif YBK dalam merasai denyut nadi kehidupan di jalanan. Aktiviti ini merupakan acara bulanan YBK yang telah berlangsung sejak bulan Ogos 2014.
Pek makanan sebanyak 100 unit mula diagihkan pada jam 12 tengahari. Kumpulan gelandangan telah menunggu dan beratur di hadapan pintu pagar utama masjid seawal jam 11:30 pagi. Tugasan agihan telah dilaksanakan oleh sukarelawan serta pegawai Masjid Jamek dan dibantu oleh pegawai YBK.
YBK komited untuk terus melaksanakan aktiviti ini di masa-masa akan datang dengan kerjasama pengurusan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Semangat YBK Peduli! ini akan terus diterapkan di dalam program-program yang lain terutamanya program sukarelawan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;