KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2015 - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Objektif MoU ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar YBK khususnya pelajar Asrama Kasih YBK dan juga Program Kumpulan Hujung Minggu (KUNTUM) melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. MoU ini berkuat kuasa untuk tempoh masa lima (5) tahun.

MoU telah ditandatangan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud. Turut menyaksikan, Dato' Hj Bing Selamat Amir, Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md Yassin dan Tuan Hj Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK serta Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En. Zulhairy Jalaluddin.

Melalui MoU ini, para pelajar YBK yang cemerlang akan diberi akses untuk melanjutkan pengajian di UniKL yang terkenal dengan kursus-kursus berasaskan sains dan teknologi.

Selepas majlis tandatangan, suatu majlis Taklimat Khas peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur disediakan kepada guru-guru KUNTUM yang hadir iaitu SMK Taman Bunga Raya (1), SMK Sijangkang Jaya, SMK Kalumpang, SMK Syed Mashor, SMK Jalan Kebun, SMK Rantau Panjang dan SMK Serendah. Taklimat disedaiaknb oleh NorHalim Abdiul Rahim pegawai UnIKL.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;