Kuala Lumpur, 17/4/2015 - YBK telah melancarkan Setem Kenangan bagi meraikan Sambutan Jubli Perak pada 17 April di Sri Hartamas oleh Naib Presiden 11, Jualan dan Perkhidmatan Pos Niaga Pos Malaysia Berhad, Zubir Isa. Setem kenangan ini adalah satu tanda hati daripada YBK kepada mereka yang telah menyumbang dan bersama YBK dari dahulu hingga kini.
Dato’ Zainal, Pengerusi YBK dalam ucapannya berkata motif Jalur Gemilang dan Bunga Raya pada rekabentuk setem adalah perlambangan visi dan misi YBK untuk menjadi sebuah yaysan yang komprehensif dan komited untuk seluruh rakyat Malaysia. Manakala angka 25 melambangkan usia YBK dalam melaksanakan tugas pembasmian kemiskinan.
Sebagai mana fungsi setem sebagai pelengkap kepada surat untuk disampaikan kepada penerima, YBK adalah umpama jambatan yang menghubungkan insan yang memerlukan dengan organisasi atau individu yang ingin membantu, jelas Dato’ Zainal lagi.
Turut hadir Dato’ Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah; Datin Hartini Osman, Pengerusi Sambutan Jubli Perak YBK; Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, Pengerusi Makan Malam Jubli Perak dan Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;