KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2015 - YBK telah berkunjung ke kediaman Pn. Wan Izah Wan Daud yang kematian anak akibat sakit buah pinggang. Suami beliau bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak tetap setiap bulan, dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah iaitu Zafeera Waheeda (10 tahun), Zafeer Wafeeq (13 tahun), dan Zafry Wafees (5 tahun). Keluarga ini menghadapi kesulitan menyelesaikan tunggakan sewa rumah sehingga menjejaskan kehidupan sedikit sebanyak.

YBK telah membantu keluarga ini melalui pemberian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan bagi meringankan beban yang ditanggung. Rundingan telah dibuat bersama pemilik rumah dan bersetuju untuk tunggakan sewa yang ditanggung keluarga Pn. Wan Izah diselesaikan secara beransur. 

Pada masa yang sama YBK sedang mempertimbangkan salah seorang anaknya dimasukkan ke Asrama Kasih YBK bagi membantu meringankan beban hidupnya yang dihadapinya sekarang

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;