Sentul, 26 Oktober 2015 - YBK telah berkunjung ke kediaman En Mohd Faez Mohd Daud seorang insan kelainan upaya di Flat Sri Kelantan, Sentul. Kisah keluarga ini disampaikan melalui facebook oleh insan prihatin. Pendapatan utamanya adalah daripada jualan buah potong secara kecil-kecilan yang terletak berhampiran kediaman ini. Selain itu bantuan JKM dan Baitumal sebanyak RM600.00 sebulan untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. 

Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Mohd Faez Aman (3 tahun) dan Mohd Faez Ilham (1 tahun). YBK telah membantu keluarga ini melalui pemberian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan untuk keluarga ini mengharungi cabaran kehidupan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;