- Hit: 1595
Kelana Jaya - Hari ini Stesen TV Al Hijrah yang diketuai oleh Encik Shirfan bersama krew produksinya telah berkunjung ke YBK bagi sesi pengenalan pertama dalam memperkenalkan program-program teras tahunan YBK ke khalayak penonton TV Al Hijrah. Dalam sesi pertemuan tersebut, YBhg Dato' Pengerusi YBK telah ditemubual oleh TV Al Hijrah dengan memberi penerangan ringkas mengenai latar belakang YBK sepanjang 21 tahun penubuhan, program-program pembasmian kemiskinan yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk perlaksanaan Program Sinar Kasih Ramadhan 1432 H / 2011.
Rakaman temubual tersebut akan disiarkan dalam slot berita tv. Nantikan temubual eksklusif bersama YBhg Dato' Pengerusi pada hari Sabtu, 15 Januari, jam 12 tengahari secara langsung dalam program bual bicara "Assalamualaikum"