Tg Sepat, 27/10/2015 – Sewaktu melaksanakan program Sinar Kasih Ramdhan 2015 yang lalu, YBK telah menyampaikan bantuan kepada keluarga Muhamad Fadzlee Firdaus di Kampung kundang, Tanjung Sepat. Melalui program ini YBK terpanggil untuk membantu pemuda ini menjalani kehidupan yang lebih baik, ceria dan gembira. Muhamad Fazlee lumpuh dari pinggang ke bawah akibat daripada kemalangan jalan raya 7 tahun yang lalu. Kaki kanannya telah dipotong dari pangkal peha ke bawah dan kini menggunakan kerusi roda sebagai medium utama untuk bergerak.
YBK mengambil satu inisiatif untuk memberikan sinar baru dalam usaha membantu Muhammad Fazlee meneruskan kehidupannya. Program secara intensif ini membolehkan ia mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office, Internet dan kemahiran perisian. Melalui beberapa fasa pembelajaran yang akan ditetapkan bersama sukarelawan YBK di Tanjung Sepat, Muhamad Fazlee dijangka mampu untuk menggunakan landasan ICT sebagai sumber pendapatannya.
Semoga program yang dirancang ini mampu memberikan semangat serta sinar baru untuk Muhamad Fazlee meneruskan kehidupannya pada masa akan datang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;