- Hit: 1561
Ampang, 11 Julai 2015 – Setiap tahun pelbagai program dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Pada tahun ini YBK mengagihkan bantuan zakat kepada 100 orang kanak-kanak di sekitar Pandan Indah bersama kaum Ibu Surau Nur Iman, Taman Kencana Ampang.
Majlis bermula jam 8 pagi dengan program khatam Quran. Seterusnya kaum ibu diberi tazkirah tentang indahnya Ramadhan. Sekitar jam 11 pagi 100 kanak-kanak yang telah dikumpulkan di sekitar Ampang telah disampaikan bantuan zakat hari raya.
Pihak AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBK kerana meraikan kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini. Semoga ia boleh memberikan keceriaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri akan kunjung tiba.