- Hit: 1796
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2015 – Program santuni gelandangan di Masjid Jamek KL ini merupakan salah satu inisiatif YBK dalam merasai denyut nadi kehidupan di jalanan. Aktiviti ini merupakan acara bulanan YBK yang telah berlangsung sejak bulan Ogos 2014.
Istimewanya pada hari ini, pek makanan sebanyak 200 unit mula diagihkan pada jam 12 tengahari bersama-sama dengan Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom, ALPA YBK dan Sukarelawan yang hadir. Selain itu tugasan agihan ini turut dibantu pegawai Masjid Jamek.
YBK komited untuk terus melaksanakan aktiviti ini di masa-masa akan datang dengan kerjasama pengurusan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Semangat YBK Peduli! ini akan terus diterapkan di dalam program-program yang lain terutamanya program sukarelawan.