Kelana Jaya - Kelab eksplorasi "7 benua, 7 puncak, 7 nilai" diketuai oleh saudara Muqarrobin telah hadir ke YBK untuk menyampaikan sumbangan bernilai RM 25000.00 daripada tabung G1M (hasil daripada penjualan plate kenderaan gagasan 1 Malaysia). Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh saudara Muqarrobin kepada YBhg Dato Hj Zainal Abidin Bin Sakom, Pengerusi YBK dan turut dihadiri oleh YBhg Datin Hajah Hartini Bt Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

YBhg Dato' Pengerusi YBK merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Eksplorasi "7 benua, 7 puncak, 7 nilai" atas sumbangan yang diberikan. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;