- Hit: 1411
Merlimau, Melaka โ Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) ย telah mengambil bahagian dalam pamiran sempena pilihanraya kecil N27 Merlimau Melaka sepanjang 26hb Feb hingga 6hb Mac 2011.ย ย YBK telah mengambil kesempatan sempena karnival tersebut mempamirkan aktiviti YBK di seluruh negara
YBK juga mengambil kesempatan mempamirkan cadangan pembangunan UiTM Melaka Kampus Jasin yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19hb Feb 2011. Ini termasuklah model kampus UiTM, cadangan plan bangunan dan kronologi permohonan dan kelulusan kampus tersebut. Pelawat yang datang telah diberi penerangan tentang pembangunan kampus Uitm termasuk program yang dirancang oleh yayasan.
YBK juga mengambil kesempatan memaparkan pengalaman yayasan dengan kerajaan negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2011, termasuklah penolakan cadangan pembangunan kampus UiTM Serendah oleh kerajaan Selangor walaupun telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan