Ulu Bernam - Kecemerlangan pendidikan merupakan kunci dan asas kepada kejayaan kerjaya dan hidup pada masa hadapan. Menyedari betapa pentingnya asas pendidikan yang baik, Yayasan Basmi Kemiskinan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011 dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia. Seminar ini disertai oleh 120 orang pelajar-pelajar dari kalangan keluarga miskin di sekitar daerah Hulu Selangor yang melibatkan 7 buah sekolah. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Selisek, Sk Gesir Tengah, SK Gedangsa, Sk Soeharto, Sk Seri Fajar dan SK Keladang. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kaedah dan tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang termasuk teknik menjawab peperiksaan yang betul bagi membolehkan para pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Pada tahun ini, SK Gedangsa telah dipilih sebagai tuan rumah untuk penganjuran seminar ini. Selain daripada slot teknik menjawab soalan untuk pelbagai matapelajaran utama,Β  Akhbar Utusan Malaysia Sisipan ADAP(Akhbar Dalam Prmbelajaran ) juga turut serta memberikan tips-tips dan panduan menulis karangan yang baik dalam peperiksaan UPSR termasuk mengajar pelajar bagaimana mengunakan akhbar sisipan ADAP dalam sesi pembelajaran pelajar. Seminar sehari ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Selain itu, majlis perasmian penutup ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Felda Gedangsa, Tn Hj Muhtaudin bin Ismail, YBhg Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Abdul Rahman Abdullah, Guru Penolong Kanan SK Gedangsa. Semoga seminar ini memberi panduan berguna kepada para pelajar untuk dimanafaatkan sebaiknya dalam menempuh peperiksaan UPSR nanti.

Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;