- Hit: 1416
Gombak, 14/6/2011 – YBK telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan adik Adi Putra, kanak-kanak genius yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam matematik.
Dalam perbincangan bersama adik Adik Putra bersama bapanya Encik Abdul Ghani dan ibunya Puan Serihana di rumahnya di Taman Berlian, mereka menyatakan kesediaan.
Encik Abdul Ghani telah menyatakan sokongan dan akan membantu usaha YBK melaksanakan program motivasi YBK untuk meningkatkan prestasi akademi dan sahsiyah pelajar miskin yang terlibat dalam program YBK.
YBK bercadang merancang untuk melaksanakan program motivasi dan kemahiran matematik bersama adik Adi Putra khusus untuk pelajar yang mengikuti program YBK seperti asrama Kasih YBK dan program KUNTUM seluruh negara dan pelajar dari kalangan keluarga miskin dan anak yatim