Shah Alam - Pembasmian kemiskinan melalui pendidikan merupakan kaedah pendekatan utama yang digunakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Kaedah ini dilihat sebagi cara yang paling strategik dan bersifat jangka panjang dalam mengubah nasib keluarga miskin ini. Atas faktor tersebut, YBK telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan Biasiswa YBK kepada anak-anak keluarga miskin yang mempunyai prestasi akademik yang baik dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Objektif program ini ialah untuk membantu pelajar miskin ini bagi meringankan bebanan keluarga mereka dalam menampung kos pembelajaran dan persekolahan pelajar terbabit.

Program Biasiswa YBK mula diperkenalkan pada tahun 2010 di mana pada tahun lepas YBK menyampaikan bantuan biasiswa ini kepada 30 orang anak keluarga miskin dari daerah Hulu Selangor dengan jumlah keseluruhan biasiswa bernilai RM22,000. Pada tahun 2011 pula, YBK menyampaikan biasiswa ini kepada 36 orang anak keluarga miskin dari semua 9 Daerah di Negeri Selangor dengan jumlah keseluruhan biasiswa bernilai RM27,000. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua & Guru Besar Sekolah-sekolah di seluruh Negeri Selangor.

Rentetan daripada itu, satu Majlis Penyampaian Biasiswa YBK 2011 diadakan pada 26 Julai 2011 bertempat di Kelab Shah Alam Selangor yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Omar, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Sempena majlis ini juga, pihak Kongres Indian Muslim Malaysia melalui ahli-ahlinya juga menyumbangkan cek untuk Tabung Sinar Kasih Ramadhan dengan jumlah nilai sumbangan RM27, 600.

 

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;