Kampung Sekendi Daerah Sabak Bernam merupakan lokasi jelajah terakhir Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita di Perkampungan Tradisional sekitar Negeri Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Abd Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Program ini merupakan anjuran YBK bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan JKKKP Kampung Sekendi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pameran kesihatan dan pertandingan menu sihat. Sepanjang tahun 2010, selain daerah Sabak Bernam terdapat 7 daerah lain yang telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai YBK bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing iaitu Perkampungan Orang Asli Ulu Batu Daerah Gombak, Batang Kali Daerah Hulu Selangor, Kampung Jenderam Hilir Daerah Sepang, Pekan Batu 8 Daerah Hulu Langat, Tanjung Sepat Daerah Kuala Langat, Kampung Jaya Setia Daerah Kuala Selangor dan Kampung Rantau Panjang Daerah Klang

Secara keseluruhannya, program saringan kesihatan ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Rata-ratanya masyarakat di luar bandar memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kunjungan YBK ke daerah masing-masing. Semoga program ini telah memberikan manafaat yang baik kepada mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan kesihatan khususnya kepada golongan wanita.

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;