SUBANG - Bagi menghargai komitmen dan usaha gigih yang telah diberikan oleh para pegawai dan sukarelawan YBK yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Malam YBK yang baru berlangsung pada 30 September yang lalu, Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) telah mengambil inisiatif mengadakan satu majlis khas Malam Penghargaan Jawatankuasa Malam Sejuta Harapan Ke-6 bertempat di The Saujana Golf Club Subang. Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg Datoโ€™ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama-sama barisan Ahli Lembaga Pengarah YBK yang terdiri daripada Datoโ€™ Prof Emeritus Dr Sulaiman Md Yassin, Tuan Hj Bing Selamat Amir dan YBhg Datin Hartini Osman.

Pada malam tersebut, Datoโ€™ Pengerusi YBK turut menyerahkan sijil penghargaan kepada para jawatankuasa yang terlibat termasuk menyampaikan sumbangan hasil daripada kutipan Majlis Makan Malam Sejuta Harapan ke-6 kepada 7 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di daerah Hulu Selangor.

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;