25 Jun, Kuala Selangor - Buat pertama kalinya tazkirah bulanan bertempat di PLYBK, ini kerana kebiasannya program tazkirah ini berlangsung di ibu pejabat YBK sahaja. Akhir 2009 pihak pengurusan YBK menggilirkan program tazkirah bulanan ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Tazkirah kali ini bertajuk 'Kepentingan Pendidikan dalam Membasmi Kemiskinan' disampaikan sendiri Dato Pengerusi. Tazkirah banyak menghurai rukun islam dan rukun iman dalam menjana pendidikan supaya dapat menghindarkan kemiskinan. Reformasi serta transformasi diri, keluarga, negara dan bangsa diulas Dato Pengerusi dengan cukup baik antara zaman Rasulallah dan pada masa kini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan PLYBK Kuala Selangor (En Zulkifli), Kakitangan serta Pelatih Kemahiran dalam menjayakan program ini. Selain itu terima kasih juga di atas sokongan dan kehadiran wakil Majlis Daerah Kuala Selangor(Pembantu Pegawai Daerah dan Kakitangan), PDRM Kuala Selangor, Majlis Belia Kuala Selangor serta wakil kariah berdekatan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;