20 Mei 2010 Bukit Tinggi Sumatera Barat – YBK telah menyumbangkan tambahan RM50,000.00 kepada Sekolah Agama Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Sumbangan ini adalah untuk membiayai pembangunan bangunan asrama pelajar sebagai tambahan dari RM100,000 yang telah disumbangkan sebelum ini iaitu pada 16/3/2009.

Sekolah Agama Thawalib Parabek Bukit Tinggi yang diasaskan oleh Sheikh Ibrahim Musa yang menyediakan pembelajaran Agama kepada 600 orang pelajar Islam dari seluruh Indonesia termasuk Malaysia, Singapora dan Brunei Darul Salam yang sanggup datang di sini untuk mendalami ilmu Agama.

Ustaz Diswandi, pimpinan akademik sekolah dalam ucapan alu-aluan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kehadiran rombongan YBK yang hadir. Beliau secara ringkas telah memberi sambutan kepada saranan Dato Pengerusi untuk mengadakan kerjasaman program ekonomi yang sesuai bagi membolehkan madrasah memopunyai sumber kewangan yang stabil

Dato Zainal Abidin Hj Sakom bersama ahli lembaga Pemegang Amanah YBK dalam majlis penyampaian sumbangan menyatakan sumbangan ini adalah sebagai usaha dan niat yayasan memajukan ummah melalui pendidikan Agama yang diasaskan oleh Sheikh Ibrahim Musa. Menurut Dato Pengerusi sumbangan ini adalah nazar YBK pada tahun lepas sekirannya YBK berjaya menandatangani projek pembiunaan UiTM

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;