30 April , Sg Selisik – Program tazkirah bulanan YBK telah diadakan di Pusat YBK Gesir, Sg Selisik, Ulu Bernam. Tazkirah kali ini disampaikan oleh Ustaz Hj Zainuddin Karima bertajuk "Syukur". Ustaz Zainuddin menerangkan konsep syukur yang harus ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Ia membawa kisah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman berkataΒ "semua ini adalah kurnian tuhan kepadaku, untuk menguji aku sama ada aku bersyukur ataupun tidak".

Pada masa yang sama satu lawatan pelajar miskin daripada SK Kedai Buluh, Kelantan diketuai oleh Guru Besarnya ke Asrama Kasih Jambor Sakti. Melalui ucapan guru besar SK Kedai Buluh, ini merupakan satu lawatan timbal balas serta untuk melihat perkembangan empat orang pelajar miskin daripada SK Kedai Buluh yang tinggal di Asrama Kasih Jambor Sakti.

Tiada apa yang ingin kami ucapkan selain daripada ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis tazkirah ini. Bagi rombongan SK Kedai Buluh, Kelantan, kami memohon maaf jika terdapat beberapa kesulitan sepanjang lawatan ke Asrama Kasih Jambor Sakti.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;