21 April , Serendah – Program motivasi di SMK Serendah ini anjuran bersama YBK dan PIBG membabitkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Seramai 150 orang pelajar terlibat

Objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2010. Tiga matapelajaran utama dipilih iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah. Motivasi ini dijalankan oleh 3 orang guru pakar yang dijemput untuk memberikan ceramah dan penerangan kecemerlangan.

Program motivasi ini dirasmikan oleh Dato Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Akhir sekali, kami warga YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua serta Guru-Guru SMK Serendah, PIBG SMK Serendah dan pelajar-pelajar yang terlibat kerana bertungkus-lumus dalam menjayakan program motivasi ini.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;