ย 

Tanjung Sepat, 7 Nov 2015 โ€“ Program Sukarelawan YBK kali ini berlansung di Rumah Pn Taksiyah bt Jantan di Jalan Petola, Kg Tanjung Sepat, Sepang. Pn Taksiyah kini tinggal bersama anak bongsunya di rumah peninggalan suaminya. Maklumat awal tentang Pn Taksiyah ini telah disampaikan oleh Sukarelawan YBK di Tanjung Sepat, Saudari Nor Farhani Nisman. Lawatan telah dilakukan oleh unit Sinar Kasih YBK dan telah mengenalpasti beberapa perkara tentang kedaifan rumahnya seperti atap bocor, dinding dapur yang tidak selamat. Melihat keadaan sedemikian YBK memutuskan untuk membantu keluarga Taksiyah

Melalui semangat YBK Peduli!, rumah Pn Taksiyah ini telah dibantu dengan membaiki penukaran atap rumah yang rosak, pembersihan persekitaran luar serta di dalam rumah. Mengemas serta menyusun kembali alatan di bahagian dapur dan bilik tidur. Seramai lebih 30 Sukarelaean YBK sekitar Sepang dan kakitangan YBK telah tampil menghulur tangan membantu menjayakan baik pulih rumah disamping membersihkan rumah termasuk persekitarannya.ย 

Terima kasih kami kepada Tn Hj Basiran Sarimin ketua JKKP, ย Sukarelawan YBK di Tanjung Sepat yang telah menjayakan program sehari ini. Semoga kepada semua yang terlibat didalam program ini diberkati serta disayangi hendaknya.

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;