- Hit: 1560
Dewan Jublee Perak, 5 Mei 2001 - Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI yang dulunya dikenali sebagai Akademi Komuniti YBK-EDI akan mengadakan Majlis Konvokesyen pertamanya di sini. YAB Datoβ Seri Mohd. Khir Toyo, Menteri Besar Selangor telah bersetuju meluangkan masa untuk menyampaikan sijil dan diploma kepada para graduan.
Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI adalah salah satu instutusi swasta yang kendalikan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan. Institusi ini adalah program usahasama YBK dengan Entrepreneurs Development Institute (EDI). Institut ini telah beroperasi sejak tahun 1998. Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI mempunyai dua cawangan iaitu di pekan Banting dan Kajang. Institut ini menawarkan kursus Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan di peringkat Sijil dan Diploma. Selain menawarkan kursus sepenuh masa, Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI juga menawarkan kursus-kursus separuh masa bagi memberi peluang kepada golongan yang bekerja dan ingin mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.
Majlis konvokesyen ini diadakan untuk graduan dari kedua-dua cawangan Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI iaitu di Banting dan Kajang. Pada hari konvokesyen ini, dijangkakan seramai 213 orang graduan akan menerima sijil dan diploma masing-masing iaitu seramai 127 orang graduan peringkat sijil dan 86 orang graduan peringkat Diploma.
Sempena majlis konvokesyen pertama ini, beberapa anugerah kecemerlangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang samada dalam peperiksaan, ko-kurikulum, sahsiah, kepimpinan dan sebagainya. Antara anugerah yang ditawarkan ialah Anugerah Pengetua, Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Kursus dan Anugerah Terbaik Keseluruhan.
Kejayaan Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI melahirkan graduan-graduan ini adalah sebagai salah satu bukti bahawa YBK telah berjaya membantu membasmi kemiskinan melalui program-program pendidikan