KELANA JAYA - YBK menaja tujuh orang beliawanis untuk mengikuti kursus jahitan selama enam bulan di Institut Kuntum Dinamik, Gombak. Kursus yang bermula pada bulan April sehingga Oktober 2005 ini akan memberi penekanan kepada kemahiran membuat pakaian wanita.

Kursus kemahiran ini merupakan salah satu program di bawah Program Peningkatan Isi Rumah YBK, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW). YBK menyalurkan peruntukan sebanyak RM26,600 untuk kursus ini yang mana para peserta akan mendapat sijil MLVK setelah menamatkan kursus ini.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;