23 Julai - Penerima Anugerah Tokoh Basmi Kemiskinan Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi Yayasan Basmi Kemiskinan, Dato’ Paduka Rahmah Haji Abu Kassim telah membuat lawatan rasmi satu hari ke projek-projek pembasmian kemiskinan di bawah kelolaan YBK. Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor menjadi destinasi pertama lawatan beliau dan pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Taklimat PLYBK telah disampaikan oleh Pengetuanya, Zulkifli Zali sebelum lawatan ke bengkel-bengkel yang diiringi oleh Datin Hajah Hartini Osman dan Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

     Lawatan diteruskan ke Desa Kasih Merbau Berdarah dan disambut oleh Pengerusi JKKK Desa Kasih Merbau Berdarah dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Rombongan dibawa melawat ke bengkel jahitan yang dijalankan oleh penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah. Suasana tenang dan sambutan mesra anak-anak  Asrama Jambo Sakti YBK di Gesir amat menyenangkan ahli rombongan yang datang. Dato’ Rahmah sempat berual mesra dengan anak-anak Jambo Kasih dan memberi mereka nasihat dan  kata semangat untuk terus maju dan berjaya dalam pelajaran mereka.        

  Ahli rombongan meneruskan lawatan ke Asrama Kasih YBK dan telah diberi sambutan yang meriah oleh anak-anak Asrama Kasih. Pengetua Asrama Kasih, Haji Abdul Latif Husin telah menyambut kehadiran ahli rombongan. Taklimat ringkas asrama telah diberikan oleh Datin Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih. Setelah taklimat ahli rombongan telah dibawa melawat ke  persekitaran asrama. Lawatan terakhir, Dato’ Rahmah dan rombonganya telah dibawa melawat ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sg Choh dimana menempatkan anak-anak istimewa di sekitar Sg Choh.  

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;