- Hit: 1484
13 Jun 2007 - sempena pelancaran Tabung Dana Pembinaan Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa YBK di Bukit Serendah, YBK telah mengeluarkan 12 kad yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK. Kad ini boleh digunakan sebagai kad ucapan yang boleh diperolehi dari pejabat YBK.
Setiap set kad ini dijual dengan harga RM19.90 yang mengandungi set kad yang boleh diperolehi dalam 12 jenis lukisan hasil kerja tangan pelajar-pelajar asrama kasih YBK. Keputusan menghasilkan lukisan ini dibuat oleh pelajar berkenaan sebagai sumbangan mereka menjayakan pembinaan Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa YBK yang telah membantu ramai anak-anak yatim dan keluarga termiskin di seluruh negara. Orang ramai boleh membeli kad ini sambil memberi sumbangan kepada pembangunan tabung pembinaaan Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa YBK ini.