Asrama Jambor Sakti, Januari 2007 - Tujuh orang pelajar baru  yang layak telah  terpilih untuk memasuki Asrama jambor Sakti bagi sesi persekolahan 2007.  Pemilihan untuk kemasukan ke asrama ini telah mula dijalankan pada bulan November 2006 , dimana pada pemilihan kali  YBK telah memperketatkan syarat-syarat kemasukan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak memasukinya. 

Asrama Kasih YBK Gesir merupakan satu lagi sumbangan YBK ke arah meningkatkan sosio-pendidikan keluarga miskin di negeri Selangor. Asrama ini menempatkan pelajar miskin luar dari

Sehingga kini asrama yang  terletak di Kampong Gesir Tengah, Hulu Bernam  hanya menempatkan lebih kurang 23 orang pelajar tahun 4 hingga tahun 6 dari seluruh negeri Selangor yang terdiri dari kalangan anak-anak piatu, yatim dan keluarga miskin. Asrama ini menyediakan kemudahan penginapan, makanan, pembiayaan persekolahan, pengangkutan sekolah dan pendidikan agama secara percuma sepenuhnya yang dibiayai oleh YBK.

Asrama  ini bertujuan membantu pelajar menikmati kehidupan yang selesa,  membantu pelajar miskin melalui proses pembelajaran yang sempurna,  dan membantu mengurus diri dengan disiplin dan bimbingan sahsiah yang sempurna dan terjamin

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;