Asrama Kasih Serendah - Seramai 37 pelajar baru mendaftar diri di Asrama Kasih Serendah YBK bagi sesi persekolahan 2007. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lima orang pelajar dari negeri Johor, Perak, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan, manakala 32 orang dari negeri Selangor. Pendaftaran baru ini menjadikan keseluruhan pelajar Asrama Kasih YBK seramai 154 orang.

Asrama yang terletak di Mukim Serendah, Hulu Selangor ini mula pada bulan Februari 1994.  Pelajar-pelajar yang terpilih memasuki asrama ini berasal dari keluarga miskin/yatim luar bandar. dengan kelayakan akademik sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan penilaian sekolah rendah (UPSR).

Asrama ini menyediakan penginapan dan makan percuma di samping bimbingan belajar,  kemudahan infra-struktur seperti peralatan sukan, surau, kemudahan belajar (perpustakaan, bilik komputer) kelas fardhu ain, yuran sekolah, yuran peperiksaan, duit belanja harian, kemudahan pengangkutan bas. Sehingga kini seramai 1,079 orang pelajar dari kalangan anak-anak miskin telah mendapat faedah dari kemudahan yang disediakan oleh Asrama Kasih ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;