SABAK BERNAM, 12-15 November 2015 - YBK telah melaksanakan Kajian Demografi dan Kesejahteraan Desa Kasih di tujuh (7) Desa Kasih YBK selama empat (4) hari. Objektif kajian ini adalah bagi mendapatkan data demografi terkini penduduk Desa Kasih bagi menentukur (benchmark) statistik kritikal di samping mengkaji tahap kesejahteraan isi rumah melalui instrumen kesejahteraan.

Desa Kasih yang terlibat adalah Desa Kasih Merbau Berdarah (110 rumah), Desa Kasih Parit 8 1/2 (96 rumah), Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai (75 rumah), Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar (35 rumah), Desa Kasih Tanjung Jawa (15 rumah), Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah (17 rumah), dan Desa Kasih Sekendi (25 rumah), dengan jumlah keseluruhan sebanyak 374 rumah.

Seramai 15 orang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 9 orang pegawai YBK, seorang sukarelawan YBK, dan 5 orang daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Taklimat kajian pada hari pertama telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md Yasin, ALPA YBK di mana beliau menekankan kepentingan kajian di samping memberi motivasi kepada yang terlibat dalam pengumpulan data.

Data yang dikumpul akan dianalisis dan laporan akan dikeluarkan bagi rujukan pengurusan dalam merancang strategi dan program di Desa Kasih pada masa-masa yang akan datang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;