KUALA LUMPUR, 22 November 2015 - Hari ini telah berlangsung Program Menyantuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Program yang telah memasuki siri ke-11 untuk tahun ini merupakan inisiatif bulanan YBK bersama pengurusan Masjid di mana ia telah berjalan sejak bulan Ogos 2014. Sebanyak 100 pek makanan telah disumbangkan oleh YBK untuk agihan.

Agihan dimulakan pada jam 11:45 tengahari apabila kumpulan gelandangan mula berkumpul dan beratur di hadapan pintu Masjid. Selepas bacaan doa, setiap gelandangan menerima pek makanan dan minuman yang diagihkan oleh sukarelawan serta pegawai YBK dan Masjid. Proses agihan berjalan dengan amat baik dan selesai dalam tempoh 15 minit.

Inisiatif ini adalah komitmen YBK dan pihak Masjid bagi memastikan golongan gelandangan ini dihargai dan disantuni dengan sewajarnya. Program ini akan diteruskan setiap bulan dan diharapkan dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan prihatin di dalam diri setiap yang terlibat.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;