Kuala Selangor, 23/11/2015 - Kawasan sekitar Parit Mahang banjir akibat limpahan air Sungai Buloh beberapa hari yang lalu. Walaupun begitu pusat penempatan banjir di SK Parit Mahang ini masih menempatkan hampir 80 keluarga serta 160 orang kanak-kanak.

Bagi tujuan tersebut YBK meraikan 160 orang kanak-kanak di penempatan banjir SK Parit Mahang ini. Kedatangan disambut oleh pegawai serta sukarelawan JKM yang bertugas. Setelah berbincang semua kanak-kanak telah dikumpulkan di satu kawasan dimana satu aktiviti petang berkaitan kesihatan dijalankan.  Turut sama mengedarkan 'goodies'  kepada kanak-kanak ialah En Sharif Ibrahim, Pegawai daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, En Zul Zali daripada Pusat Latihan YBK Kuala Selangor serta kakitangan YBK.

Terima kasih kami kepada semua pihak yang terbabit di dalam aktiviti santai petang ini bersama kanak-kanak mangsa banjir. 

 

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;