Gesir Tengah, Ulu Bernam – Yayasan Basmi Kemiskinan dengan kerjasama PIBG SK Gesir Tengah telah melaksanakan program Seminar UPSR di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah Hulu Selangor. Seminar yang bertujuan memberi motivasi kepada pelajar UPSR tahun 2010 ini disertai hampir 100 orang pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah, Sekolah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah Kebangsaan Sg Selisek Hulu Selangor.

Dalam sesi seminar tersebut pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan oleh guru yang berpengalaman dan terlibat secara lansung dalam persediaan peperiksaaan UPSR. Disamping itu pada akhir sesi pelajar bersama ibubapa diberi motivasi oleh guru kaunselor bagi meningkat iltizam pelajar dan ibubapa untuk meningkat pencapaian prestasi pelajar seterusnya berjaya dalam peeperiksaan.

Masjlis penutup seminar telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Dr Zamberi Abd Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridwan. Beliau juga telah berjaya menyuntik semangat pelajar apabila menceritakan kisah hidup nya semasa alam persekolahan sehingga berjaya mencatat kejayaan dalam pelajaran sehingga berjaya ke peringkat Phd dan berjaya menjadi seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;