17 April , Gombak – Objektif utama program saringan kesihatan reproduktif wanita ini merupakan satu program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar bandar dan perkampungan tradisional. Program ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, LPPKN Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli & Sukarelawan YBK.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk:

Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan wanita dalam menangani penyakit berisiko tinggi
Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian di khalayak wanita yang menghidap barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim
Menekankan kepentingan cara hidup sihat khususnya di kalangan wanita yang bakal melahirkan dan membina generasi masa hadapan.
Perkampungan Orang Asli Ulu Batu & Bukit Lagong, Gombak merupakan program pertama bagi saringan kesihatan ini. Selepas ini YBK akan menjelajah ke 8 daerah perkampungan dalam negeri Selangor untuk meneruskan program kesihatan reproduktif ini.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk dari Kampung Orang Asli Ulu Batu dan Kampung Orang Asli Bukit Lagong. Kira-kira 150 orang penduduk orang asli dari 2 perkampungan ini hadir bagi menjalani pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul termasuk pelbagai sesi ceramah kesihatan. Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Zulhairy Bin Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Basmi Kemiskinan.

Kami di YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai dan Kakitangan Kesihatan Daerah Gombak, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli serta Pegawai dan Kakitangan LPPKN Negeri Selangor kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan program saringan ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;