12 April , Serendah – Berlangsungnya majlis penyerahan biasiswa YBK untuk 22 pelajar sekolah rendah dan 16 pelajar sekolah menengah yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Biasiswa ini berjumlah RM 27,000.00 ditawarkan kepada pelajar-pelajar miskin bagi daerah Hulu Selangor di mana pelajar sekolah menengah menerima RM1,000.00 manakala pelajar sekolah rendah menerima RM500.00. Bagi 8 daerah lain di negeri Selangor ini ia akan disampaikan sedikit masa lagi.

Majlis ini turut melancarkan program 'Sukarelawan YBK' bagi tahun 2010. Seramai 100 orang sukarelawan meluangkan masa untuk sesi perbincangan dan penerangan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Kami di YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Hj Ahmad Maslan & Isteri, Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, guru-guru, ibubapa, sukarelawan YBK serta semua yang hadir memeriahkan majlis ini.

Senarai yang menerima biasiswa YBK adalah 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;