- Hit: 1315
1 April, Kuala Lumpur – Majlis penyerahan Memorandum Bantahan dari penduduk-penduduk Hulu Selangor terhadap MB Selangor kerana MENAFIKAN HAK RAKYAT menikmati pembangunan yang akan dibawa bersama dalam projek UiTM di Serendah.
Penduduk Hulu Selangor memohon supaya pihak SUHAKAM membuat satu inkuari awam terhadap MB Selangor kerana tidak meluluskan projek pembangunan UiTM di Serendah yang ingin dibangunkan oleh pihak PYBK. Akibat pembatalan projek pembangunan UiTM di Serendah ini, penduduk Hulu Selangor kerugian peluang mereka dalam meningkatkan EKONOMI keluarga, perniagaan, hartanah dan kawasan Hulu Selangor amnya.