ARA DAMANSARA, 18 Disember 2015 - YBK telah menerima kunjungan daripada delegasi Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bengkulu, Indonesia sempena lawatan ke Malaysia. Delegasi diketuai oleh Prof. Dr. H. Sirajuddin, Rektor IAIN diiringi oleh wakil-wakil dekan seramai 12 orang. Objektif lawatan adalah untuk mengenali dengan lebih lanjut berkenaan YBK di samping bertukar-tukar pandangan berkenaan potensi kerjasama.

Kehadiran delegasi pada jam 3 petang disambut oleh Pengerusi YBK, Dato' Hj Zainal Abidin Sakom dan turut sama hadir, Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md Yassin, ALPA YBK. Taklimat berkenaan YBK telah disampaikan dan disusuli oleh ucapan oleh Dato' Pengerusi YBK dan wakil rombongan. Sesi bertukar pendapat berlangsung selepas itu dan persetujuan dicapai bagi YBK dan IAIN untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Lawatan oleh institusi pendidikan ini memberikan peluang kepada YBK untuk meneroka potensi pengembangan modal insan bukan sahaja di dalam negara malah boleh diperluaskan ke peringkat serantau.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;