Serendah, 2/1/2016 - berlangsung majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2016 di Asrama Kasih YBK Serendah. Majlis bermula se awal jam 8. 15 pagi dengan taklimat Pengetua menerangkan serba sedikit mengenai Asrama Kasih YBK. Majlis diserikan dengan kehadiran Ybhg. Dato Hj. Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK, Tn. Hj. Hamzah ALPA YBK, Dato Hj. Bing Selamat ALPA YBK, En.Zulhairy CEO YBK, dan Datin Hartini Osman, Pengerusi Lembaga Penasihat Asrama Kasih YBK. 


Anak anak Asrama yang terpilih pada tahun ini adalah seramai 56 orang pengambilan Tingkatan 1 , 2, dan 3. Ybhg. Dato dalam ucapannya menyentuh mengenai peranan YBK dalam membentuk pelajar yang cemerlang supaya kelak mereka dapat berbakti kepada Agama Bangsa dan Negara. Ibu Bapa juga perlu sentiasa mengadakan perbincangan dengan pegawai di Asrama dan tidak hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Kos kos yang tanggung untuk menjadikan seseorang itu berjaya bukanlah kerja mudah dan ia memerlukan kos yang cukup banyak. Begitulah pengisian ucapan Dato Zainal dalam majlis itu

Pengerusi berharap semua ibu bapa memberi kepercayaan dan menyerahkan anak mereka kepada Pengetua dan warden. Warden yang menguruskan merupakan kakitangan yang berkelayakan dan berdedikasi kerana mereka sentiasa berada bersama pelajar 24 jam sehari. Ibu bapa juga diharapkan jangan terpengaruh dengan aduan buruk anak-anak terhadap pengrusan asrama sebelum menyiasat hal sebenar.  

Ibu Bapa dan penjaga memulakan sesi pendaftaran pada jam 9.35 pg. Para kakitangan Asrama bersama barisan pengawas bersama sama menjayakan pendaftaran pelajar baru ke asrama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;